i miss you

rindu gila nak update blog haha dulu zaman form 1 & form 2 rajin gila update blog skrg tak dah hahaha sbb tkde idea + malas + nak tidur + nak layan drama huhu. takde lah, ni pun sbb aku rasa nak update pasal arwah kot? arwah abah aku. arwah meninggal 30/6/2016 - 00:40am - khamis - 25 ramadhan. ye, aku ingat setiap detik yang berlaku waktu tu. dari mula sampai habis. aku ingat around pukul 1130 pm, masatu aku tgh main phone nak tidur dah sbb sekolah kan. waktu tu aku ingat aku mmg tgh whatsapp dgn kawan aku. time tgh whatsapp tu tetiba je aku dgr bunyi kecoh dari luar bilik, menangis menjerit semua bercampur waktu tu. aku ingat maybe sbb syarah ke apa, aku pun bangun nak tgk apa jadi, rupanya along & mama tgh cemas. along tgh bagi cpr dkt arwah, mama tgh call ambulans, syarah tgh nangis. aku tak expect pape lagi memula sbb aku fikir arwah just sakit dada. sbb arwah last year pun banyak kali ulang alik masuk hospital. tapi tak sangka, tetiba je nampak arwah mmg tk bernyawa dah. waktu tu mama suruh aku turun bawah tunggu ambulans. aku pun turun, aku tak fikir apa dah masatu. aku call ainaa mintak dia bg semangat, mmg kebetulan masatu dia pun tgh ws bf dia tp tk lama pun kejap je sbb aku pun tknk menyusahkan dia. sepanjang aku tggu ambulans tu, aku asyik berdoa & berharap yang arwah just pengsan je.
sampai ambulans datang dalam 30mins, arwah disahkan meninggal. apa lagi, memang semua menangis la. jiran aku (laki melayu) pergi tolong buatkan sijil kematian. tp before tu dia tolong aku & abang aku angkat arwah ltk atas tilam dkt ruang tamu. call cousins semua & call kakak aku (dia kat perak masatu tgh study) kitaorang terpaksa tipu dia, cakap dia terpaksa balik sbb arwah masuk hospital je. taknak bagi dia sedih dari awal. gf along & ayah dia pun pergi la amik kakak dkt perak tu. nasib baik keluarga gf abang aku ni baik sanggup tolong even waktu tu pukul 230 pagi. kakak sampai je around kul berapa tah aku tk ingat..... dia tanya aku kenapa. aku cakap "tgk jelah nanti" dia paksa aku jugak ei stress betul! lps aku bgtahu tu dalam lift terus dia nangis. sampai kt rumah je dia nangis tgk arwah. aku pun rasa kesian dkt dia sbb dia pun tk sempat ada dgn arwah waktu hari terakhir arwah. boleh dikatakan, semua org meratap jenazah dia. ye, dosa. tapi tah la, masatu tak fikir apa dah. fikir nk mati jugak nak ikut dia.
06:30 am, aku penat. penat menangis, dgn tak tidur lagi. org lain semua datang lps subuh. aku pun tah cemana boleh pulak tertidur. bangun tetiba tgk arwah dah takde, dia dah ada kt hospital utk mandikan arwah, tp mandikan arwah tu pukul 930 kot tk silap aku. tu first & last aku mandikan arwah abah. mmg ramai yang tolong bantu jugak. kawan kawan mama (dlm 10 org) dtg semua peluk aku, pujuk aku. lagi lagi aunty izzah, aku ingat banyak kali dia peluk aku. suruh aku kuat semua.
arwah dikebumikan dkt batu muda, batu caves. ye jauh, permintaan arwah sebenarnya nak sebelah dgn arwah opah. tp sbb kt situ dah penuh, so amik kat tmpt baru. ye, org kajang patutnya kena kebumi dkt kajang, tp sbb ic arwah alamat still rumah dkt batu caves, so mmg dpt dkt situ. ada jugak hikmah dia rupanya bila kitaorang satu family tukar alamat rumah kajang dkt ic waktu bulan 5, dia sorang je taknak tukar. banyak lagi hint dia yang dia tunjuk tp kitaorang tk pernah perasan. aku ingat ada sorang kawan kerja dia cerita yang 3 hari before arwah pergi kot, arwah duduk lama gila dalam surau. termenung sorang sorang, pandang semua benda dalam surau tu. mmg lama. sebulan before arwah nk pergi, dia mmg nak "clingy" je dgn mama haha. sampai mama tnya kenapa dia mcm tu, arwah jawab "masa kita berdua tak banyak" mama ingat dia cakap mungkin sbb pg & ptg dia kerja, maghrib baru balik. rupanya ada maksud tersurat & tersirat dia.
yaAllah, mmg sumpah aku rindu arwah. banyak dosa aku dgn dia tp arwah sikit pun tk pernah benci aku. dia sampai cakap yang dia sayang sangat aku dkt mama. aku ingat waktu form 2, aku keluar malam sbb nak pergi pasar malam je dgn cousin (shikin) & kawan aku (syera) masatu balik sekolah terus pergi & waktu tu aku tgh ganti puasa. balik je rumah aku kena tampar dgn arwah sampai aku tk lalu nak makan, mama datang pujuk, mama cerita kenapa arwah tk bg aku keluar malam. rupanya dia fobia, sbb ada satu kejadian yang pernah terjadi dkt dia. dia taknak benda tu terjadi lagi & kena dkt aku pulak. dia sayang aku :') tiap kali aku rasa jealous dgn org yg dpt keluar malam melepak semua even perempuan, aku ingat yang arwah sayang aku. ye, dia protect aku. dia taknak pape jadi dkt aku. skrg ni dia dah takde, siapa nak protect aku? siapa nak jadi hero aku kalau ada pape jadi dkt aku? :')
aku ingat ada satu malam, aku kena tinggal sorang sorang kt rumah. mama, syarah & along keluar. kat ruang tamu ada satu gambar besar arwah abah & mama berdua. aku tenung gmbr muka arwah, even dlm gmbr pun masih jelas mata dia yang warna coklat cair tu. terus aku pun "yaAllah, rindunya..." pstu meraung ha sampai aku call ainaa mmg meraung habis. boleh dikatakan tu bukan diri aku kot, aku tk pernah tunjuk dkt org mcm tu. masatu aku mmg all out habis. menangis sampai tkleh cakap, sampai ainaa cakap "farhah, aku tak pernah tahu kau mcm ni. sbb kau dkt sekolah kau happy je, kau boleh gelak gelak. tp aku tktahu kau dkt rumah kau menangis mcm ni yaAllah. kalau aku jadi kau, aku dkt sekolah pun mesti sedih weh. kau kuat farhah sumpah" apa ayat ainaa bg malam tu semua segar dalam kepala otak aku. lepas kejadian tu, aku sikit sikit belajar redha dgn pemergian arwah. see? benda yang aku paling perlukan utk cheer me up selain pertolonganNya, aku masih perlukan someone yang boleh dgr semua prob aku, dgr aku menangis & bg semangat. tu yang aku perlukan, tp kebanyakkan org sekeliling tk dpt bagi pun. ada pun sorang dua je yang wujud haha... but thanks a lot to raja, azman & ainaa. mmg diorg paling banyak bagi aku semangat dgr luahan rindu aku dkt arwah. tk pernah giveup cakap benda sama. kalau org lain? jemu dah weh. haha

(tb 2014, putrajaya)
arwah mmg baik, dia banyak tolong org. dia tolong org cari rezeki semua, bukan sorang dua. tapi ramai. kawan abang aku, anak buah mak aku, kawan kawan dia, semua dia angkut tolong carikan kerja jugak. mcm mcm lagi benda baik yang dia buat (aku curi curi baca ws group lps sehari arwah meninggal) aku nak blackberry, dia belikan. aku nak iphone, dia belikan. adik beradik aku nak phone? beli sendiri. aku nak bubur mcd waktu demam, dia belikan. aku nak hadiah harijadi mahal mahal, dia belikan. adik beradik yang lain? makan kek je. aku nak tu ini? dia bagi. skrg ni, giliran aku pulak bagi dkt dia dgn sedekahkan dia ayat ayat al-Quran atau bacaan yaasin. ye, aku janji tiap hari aku akan bacakan utk dia. kalau tak dapat setiap hari (sbb malas) seminggu tu mesti akan wajib aku baca sedekah dkt diaen sehari seminggu. i love you abah & we miss you so much. al fatihah
Older Post