i miss you

rindu gila nak update blog haha dulu zaman form 1 & form 2 rajin gila update blog skrg tak dah hahaha sbb tkde idea + malas + nak tidur + nak layan drama huhu. takde lah, ni pun sbb aku rasa nak update pasal arwah kot? arwah abah aku. arwah meninggal 30/6/2016 - 00:40am - khamis - 25 ramadhan. ye, aku ingat setiap detik yang berlaku waktu tu. dari mula sampai habis. aku ingat around pukul 1130 pm, masatu aku tgh main phone nak tidur dah sbb sekolah kan. waktu tu aku ingat aku mmg tgh whatsapp dgn kawan aku. time tgh whatsapp tu tetiba je aku dgr bunyi kecoh dari luar bilik, menangis menjerit semua bercampur waktu tu. aku ingat maybe sbb syarah ke apa, aku pun bangun nak tgk apa jadi, rupanya along & mama tgh cemas. along tgh bagi cpr dkt arwah, mama tgh call ambulans, syarah tgh nangis. aku tak expect pape lagi memula sbb aku fikir arwah just sakit dada. sbb arwah last year pun banyak kali ulang alik masuk hospital. tapi tak sangka, tetiba je nampak arwah mmg tk bernyawa dah. waktu tu mama suruh aku turun bawah tunggu ambulans. aku pun turun, aku tak fikir apa dah masatu. aku call ainaa mintak dia bg semangat, mmg kebetulan masatu dia pun tgh ws bf dia tp tk lama pun kejap je sbb aku pun tknk menyusahkan dia. sepanjang aku tggu ambulans tu, aku asyik berdoa & berharap yang arwah just pengsan je.
sampai ambulans datang dalam 30mins, arwah disahkan meninggal. apa lagi, memang semua menangis la. jiran aku (laki melayu) pergi tolong buatkan sijil kematian. tp before tu dia tolong aku & abang aku angkat arwah ltk atas tilam dkt ruang tamu. call cousins semua & call kakak aku (dia kat perak masatu tgh study) kitaorang terpaksa tipu dia, cakap dia terpaksa balik sbb arwah masuk hospital je. taknak bagi dia sedih dari awal. gf along & ayah dia pun pergi la amik kakak dkt perak tu. nasib baik keluarga gf abang aku ni baik sanggup tolong even waktu tu pukul 230 pagi. kakak sampai je around kul berapa tah aku tk ingat..... dia tanya aku kenapa. aku cakap "tgk jelah nanti" dia paksa aku jugak ei stress betul! lps aku bgtahu tu dalam lift terus dia nangis. sampai kt rumah je dia nangis tgk arwah. aku pun rasa kesian dkt dia sbb dia pun tk sempat ada dgn arwah waktu hari terakhir arwah. boleh dikatakan, semua org meratap jenazah dia. ye, dosa. tapi tah la, masatu tak fikir apa dah. fikir nk mati jugak nak ikut dia.
06:30 am, aku penat. penat menangis, dgn tak tidur lagi. org lain semua datang lps subuh. aku pun tah cemana boleh pulak tertidur. bangun tetiba tgk arwah dah takde, dia dah ada kt hospital utk mandikan arwah, tp mandikan arwah tu pukul 930 kot tk silap aku. tu first & last aku mandikan arwah abah. mmg ramai yang tolong bantu jugak. kawan kawan mama (dlm 10 org) dtg semua peluk aku, pujuk aku. lagi lagi aunty izzah, aku ingat banyak kali dia peluk aku. suruh aku kuat semua.
arwah dikebumikan dkt batu muda, batu caves. ye jauh, permintaan arwah sebenarnya nak sebelah dgn arwah opah. tp sbb kt situ dah penuh, so amik kat tmpt baru. ye, org kajang patutnya kena kebumi dkt kajang, tp sbb ic arwah alamat still rumah dkt batu caves, so mmg dpt dkt situ. ada jugak hikmah dia rupanya bila kitaorang satu family tukar alamat rumah kajang dkt ic waktu bulan 5, dia sorang je taknak tukar. banyak lagi hint dia yang dia tunjuk tp kitaorang tk pernah perasan. aku ingat ada sorang kawan kerja dia cerita yang 3 hari before arwah pergi kot, arwah duduk lama gila dalam surau. termenung sorang sorang, pandang semua benda dalam surau tu. mmg lama. sebulan before arwah nk pergi, dia mmg nak "clingy" je dgn mama haha. sampai mama tnya kenapa dia mcm tu, arwah jawab "masa kita berdua tak banyak" mama ingat dia cakap mungkin sbb pg & ptg dia kerja, maghrib baru balik. rupanya ada maksud tersurat & tersirat dia.
yaAllah, mmg sumpah aku rindu arwah. banyak dosa aku dgn dia tp arwah sikit pun tk pernah benci aku. dia sampai cakap yang dia sayang sangat aku dkt mama. aku ingat waktu form 2, aku keluar malam sbb nak pergi pasar malam je dgn cousin (shikin) & kawan aku (syera) masatu balik sekolah terus pergi & waktu tu aku tgh ganti puasa. balik je rumah aku kena tampar dgn arwah sampai aku tk lalu nak makan, mama datang pujuk, mama cerita kenapa arwah tk bg aku keluar malam. rupanya dia fobia, sbb ada satu kejadian yang pernah terjadi dkt dia. dia taknak benda tu terjadi lagi & kena dkt aku pulak. dia sayang aku :') tiap kali aku rasa jealous dgn org yg dpt keluar malam melepak semua even perempuan, aku ingat yang arwah sayang aku. ye, dia protect aku. dia taknak pape jadi dkt aku. skrg ni dia dah takde, siapa nak protect aku? siapa nak jadi hero aku kalau ada pape jadi dkt aku? :')
aku ingat ada satu malam, aku kena tinggal sorang sorang kt rumah. mama, syarah & along keluar. kat ruang tamu ada satu gambar besar arwah abah & mama berdua. aku tenung gmbr muka arwah, even dlm gmbr pun masih jelas mata dia yang warna coklat cair tu. terus aku pun "yaAllah, rindunya..." pstu meraung ha sampai aku call ainaa mmg meraung habis. boleh dikatakan tu bukan diri aku kot, aku tk pernah tunjuk dkt org mcm tu. masatu aku mmg all out habis. menangis sampai tkleh cakap, sampai ainaa cakap "farhah, aku tak pernah tahu kau mcm ni. sbb kau dkt sekolah kau happy je, kau boleh gelak gelak. tp aku tktahu kau dkt rumah kau menangis mcm ni yaAllah. kalau aku jadi kau, aku dkt sekolah pun mesti sedih weh. kau kuat farhah sumpah" apa ayat ainaa bg malam tu semua segar dalam kepala otak aku. lepas kejadian tu, aku sikit sikit belajar redha dgn pemergian arwah. see? benda yang aku paling perlukan utk cheer me up selain pertolonganNya, aku masih perlukan someone yang boleh dgr semua prob aku, dgr aku menangis & bg semangat. tu yang aku perlukan, tp kebanyakkan org sekeliling tk dpt bagi pun. ada pun sorang dua je yang wujud haha... but thanks a lot to raja, azman & ainaa. mmg diorg paling banyak bagi aku semangat dgr luahan rindu aku dkt arwah. tk pernah giveup cakap benda sama. kalau org lain? jemu dah weh. haha

(tb 2014, putrajaya)
arwah mmg baik, dia banyak tolong org. dia tolong org cari rezeki semua, bukan sorang dua. tapi ramai. kawan abang aku, anak buah mak aku, kawan kawan dia, semua dia angkut tolong carikan kerja jugak. mcm mcm lagi benda baik yang dia buat (aku curi curi baca ws group lps sehari arwah meninggal) aku nak blackberry, dia belikan. aku nak iphone, dia belikan. adik beradik aku nak phone? beli sendiri. aku nak bubur mcd waktu demam, dia belikan. aku nak hadiah harijadi mahal mahal, dia belikan. adik beradik yang lain? makan kek je. aku nak tu ini? dia bagi. skrg ni, giliran aku pulak bagi dkt dia dgn sedekahkan dia ayat ayat al-Quran atau bacaan yaasin. ye, aku janji tiap hari aku akan bacakan utk dia. kalau tak dapat setiap hari (sbb malas) seminggu tu mesti akan wajib aku baca sedekah dkt diaen sehari seminggu. i love you abah & we miss you so much. al fatihah
16!
First of all, nak cakap thanks for the wishes guys! Really. Tahun ni sumpah best gila sebab semua wish pepanjang & i really cant describe how happy am i. Alhamdulillah. Allah masih hidupkan aku sampai sekarang. yela, "makin meningkat umur kita, makin dekatlah kematian dengan kita" tapi tula, kematian ni sebenarnya dekat je dengan kita tk kira kita kat mana pun cuma tunggu masa je. kk, back to the topic! Bersyukur sangat lol sebab tahun ni memang tak expect pun akan jadi mcm ni. No, bukan party atau kejutan atau apa tapi still rasa seronok. Idek, maybe selama ni time harijadi aku, aku tak rasa special mana pun & mungkin tahun ni je yang rasa seronok lebih.
Aku pernah post dekat moment wc, gambar shawl & nail polish & caption berbunyi "nak benda ni untuk hadiah harijadi!" & kebetulan soffea memang ada alamat rumah baru aku. lepastu tak sangka, dia belikan nail polish untuk aku lol. Dia tetiba je dia ws "nanti poslaju ada dtg rumah kau. tu hadiah aku bg tau" aku cam terkejut lol and mmg sumpah tk sangka. Lepastu sarah pulak, kat sekolah dia tanya "syaira suka apa? band ke apa ke?" "tk suka pape lol" "ala cakap jelaaa. makanan ke apa ke" "suka strawberry" "oh ok" & esoknya, sara datang bagi hadiah lol pun terharu jugak sbb aku nk beli benda alah tu tp asyik tangguh je. dia bagi apa? jengjengjeng! mana leh bgtahu.
Ok then mama, tepat 1230 i guess la kan. mama datang bilik. Dia masuk bilik after aku reply wish abah bg kat group ws. Dia masuk bilik bagi something & peluk aku tau. Dia cakap "nah, amik ni. simpan & jaga elok-elok" aku mcm terharu gila lol sumpah la aku terus peluk & ckp "thanks" sebab aku memang nak sangat tau jam tu. jam casio dia style lama punya tp mmg sumpah berminat lol ada haritu aku g jejalan & ternampak jam tu, harga dia mahal gak la sbb casio kan.... tnya mama "nak ni" dia jawab "tak boleh. mahal lol" aku pun cam "fine :(" ahahah then tak sangka la sumpah mmg dapat. lepastu malam tu dalam lepas solat maghrib, dia ajak pergi secret recipe. ha time tu makan la apa nak makan. Thanks mama, abah, along & kakak! really appreciate it.
Datang sekolah pulak, (datang awal tktahu la kenapa haha) datang2, semua nyanyi "happy birthday to you 3x , happy birthday farhah" haha aku cam terharu lpstu time rehat pun ada org jerit "HAPPY BIRTHDAY" lps balik sekolah, pergi mp makan kek bagai semua then terjumpa marie (bdk smktj2) dkt kedai cd lol, dia peluk & wish. Kawan2 lama aku yg mmg dh lama gila lost contact, yang aku block & unblock dkt instagram pun dia ada dm aku. Even tk follow each other kt mana2 laman social, dia still wish aku via dm instagram. Sumpah terharu gila omg.. syera, i miss you. No, i miss the old u. the old us but everything has changed so its ok.
Ehem! ha ni pun best jugak. tenene. faiztomyam! ya, my sayang. hahaha dalam pukul 12;16am lol. Aku act malam 30/3 aku fikir dia call aku dalam pukul 1120 ah call aku ke apa nk wish awal kan last2 dia tak call lol so aku pun cam "oh tkpe la, dia dah wish haritu" then tetiba aku tengah TIDUR tau. yes, tengah tidur, ada bunyi phone lol i thought it was my alarm doh serious but then aku tengok, faiz call LOL terkejut gila terus mcm nk cover suara. Dia tanya dh tidur ke belum semua aku jawab belum but act dah tau HAHAHA tknk la dia rasa bersalah, then dia pun nyanyi la lagu happy birthday semua eii terharu gila tau sumpah! Time tu mmg sumpah terharu sampai nak cakap "thanks" pun tk terkeluar tau sbb mmg terharu gila. Ah so blessed! thankyou sayang.


Ah bestnya kalau dua benda ni (gambar) aku dapat nikmati lol. In shaa Allah maybe oneday (i hope so) maybe for those yg baca rasa simple & biasa. but for me serious best tahun ni sbb tahun2 lain banyak gila dugaan & yea, tahun ni ada juga tapi Alhamdulillah semuanya masih ok. Thanks Allah for everything.
2014 & goodbye smk taman jasmin 2

! wah dah berapa bulan sia tak update blog lmao dulu rajin gila kot maybe sebab sekarang ni aku dah malas nak bukak blog zz and lagipun kat hillpark takde wifi natang semua tu sebab kat situ area baru lol.. so aku nak cakap pasal kawan kawan & cikgu cikgu kat smktj2. sekolah ni best lol cikgu pun semua bebaik esp cikgu hazar & cikgu setia & cikgu azmah. diorang lah yang selalu soal aku dalam kelas zz maybe sebab diorang nampak aku main main kot dalam kelas haha
Sekolah kat sini best ok! Lagi best daripada sekolah lama aku ((caya pls lol)) kawan kawan kat sini semua baik baik but ada yang tak lol ((jealous&dengki dengan aku & aku taktahu asal lol)) but nevermind who cares doh? im not as long as im happy. So kawan yang paling rapat dengan aku dekat sekolah ni Arinah, Aishah, Soffea, Zulia, Hanisah, Dania, Zubaidah, Wilda, Amirah, Riyaluddin & Azman, Haziq. ha ramai kan? diorang selalu ada time aku susah senang, dengar masalah aku. Annoying but who cares? If diorang buat salah diorang datang mintak maaf & bukan palau macam -.- ok nevermind malas nak mention. Diorang bagitahu salah silap aku & tapi kan bukan tu je tau, senior paling rapat pun ada..Hafiz Aiman, Syahirah Nadia, Huda Husna & Kak Azween. Diorang ni lah senior yang paling aku rapat. Diorang siap ajar aku matematik lagi tau sebab nak pt3 kan lagipun aku lemah math. Hafiz paling garang ajar aku lulz aku ingat lagi tapi dalam garang dia ada baiknya, ada lembutnya. Dia banyak jugak buat kelakar & nyanyi sepanjang ajar aku. Kak ain & Kak huda & Kak azween lak ajar aku dengan lemah lembut je hiks maklumlah diorang kan sopan santun


Hanisah Kak lai, Kak syahirah, kak huda
Arinah Dania & Zubaidah
Classmates Kak Syahirah & Kak Azween
Wilda, Soffea, Zulia, Aishah, Mas, Azman, Riyal, Ashri, Hanisah!
So kesimpulan, aku memang beruntung & happy sangat sangat jumpa diorang tapi tahun depan aku dah pindah lulz so no more smk taman jasmin & mereka semua but i promise aku akan tegur korang selalu okay!! I will never forget all of you yang dah buat tahun ni happy. Thankyou guys!
ps: tekan gambar untuk nampak gambar tu besar
Bye 1Dinamik 2012 :'(

Bila ku sedari... Diri disayangi~ Eh? Hahahahahaha! Rindu betol nak dengar aina aqilah nyanyi lagu tu dekat aku. Haaaa nvm. Tahun 2012 dah tamat okay. No no, bukan dah masuk tahun baru but cuti sekolah akan bermula and and sekolah semua pon dah habis dah tamat........ Tugas aku jadi budak semerbak 2012 tingkatan satu pon dah tamat (Ayat skema) HAHAHA!! Hmmmmmmm seriously, Budak budak 1Dinamik ni super duper awesome + sporting! Paling sporting antara semua kelas. Dalam dewan peperiksaan pon kelas aku yang jadi johan bising. Hahahaa! Okay stop. Ye, memang aku dah takberapa rapat dengan kawan lama aku. Sebab apa tau? Kitaorang lain lain kelas. So susah weyh nak rapat. Haaa ya onemore, tahun ni aku banyak tukar tukar kawan -.- Mula mula aina, teha, puteri. Tiga tiga tu dulu rapat dengan aku and now dah tak. Sokay. Aku ada kawan lain lagi :) Eh aku takbermaksud aku taksuka berkawan ngan krng 3, Aku suka but krng kan ada kawan lain. So aku okay and aku pon ada kawan lain lagi. Oh yeah lupa nak bagitahu! Tahun ni and first time aku dapat jadi penolong ketua kelas. Aku diundi. Dan ramai pilih aku supaya jadi penolong... krik krik. Hahahaha time tu sumpah aku rasa "KENAPA AKU? WARGH KENAPA AKU DIPILIH?" Hahaha nvm, Btw tahun ni ketua kelas ada sekali kena tukar. Mula mula fahmi. Then fahmi pindah........ srsly miss him so much :( rindu nak sepak kaki dia. Then ketua kelas baru adil. Aku takberkerjasama langsung dgn dia. Sebab apa? Susah. Lagipun aku takrapat dgn adil. Tapi takpe, Adil pon 4bulan je dia pegang jawatan ketua kelas tu. Lol bapak jahat ayat aku. Hahahaha kk~

Girls of 1Dinamik ♥
Hmmmmm yeah :( Aku akan rindu 1Dinamik 2012. Gambar di atas semua kenangan~